Thursday, October 7, 2010

Jerat Kenalan Facebook

Semakin lama, semakin terserlah keburukan facebook nie kan. Kerana ingin bertemu dengan kenalan facebook di dunia nyata, terjadinya pergaduhan.  Entah kenapa hari ini teringin plak buka Harian Metro Online n terbaca artikle tentang pergaduhan yang melibatkan 50 orang. Ramai jugak sebenarnya 50 orang tu, tapi yang dipukulnya hanya beberapa orang sahaja, Baca cerita selanjutnya di bawah.

KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.
 
MANGSA...Mohd Nazren cedera dibelasah kumpulan samseng.
Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.
Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon... Bacaan lanjut klik
[Disini]

p/s:: mencari kenalan itu tak salah, tapi biarlah kenal dulu hati budinya betul-betul. Niat perlu la betul dalam setiap perbuatan yang ingin di lakukan.  
p/s/s:: rakan maya kadang-kadang boleh menjadi sahabat yang banyak membantu kita. Jadi, pilihlah rakan dengan berhati. =)