Thursday, August 14, 2014

Assalamualaikum.

Assalamualaikum.
Lama gila rasanya tidak update blog. Lepas joharihamzah.com terkubur. Dah takde aktif dah berblog.
Rindu sebenarnya nak berblog.

Tuesday, June 17, 2014

Awal Ashaari Mengamuk di instagram!!!!

Sebuah portal hiburan mendedahkan pasangan pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengamuk sakan gara-gara "mulut longkang" seorang peminat mereka di Instagram.

Awal tiba-tiba naik berang kepada salah seorang pengikut Scha di Instagram yang memberikan komen seolah-olah mengutuk anak yang dikandung Scha.



Pengikut atau follower itu yang merupakan seorang wanita dengan beraninya melemparkan kutukan menerusi satu komen ringkas di laman Instagram Scha-Alyahya dengan mengatakan bahawa dia bosan dengan sikap mengada-ngada Scha selain mendoakan anak mereka jadi sundal.

Awal yang kelihatan seperti tidak menahan kemarahannya, membalas komen si wanita dengan kata-kata yang pedas serta menyebarkan gambarnya di Instagram untuk tatapan peminat.

Berikut ialah dua jawapan marah Awal buat si wanita tersebut:


"Doakan semoga si polan atau anaknya nanti jadi orang yang baik baik, amin."

"You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I'm sure this is what u want, B."


Di bawah beberapa perkongsian mengenai program tergempar yang dibuat oleh rakan artis ini ala-ala "Baby Shower Party"


Banyak juga foto-foto yang dikongsi oleh pasangan ini di laman sosial Instagram masing-masing yangdiperolehi menerusi Instgram mereka.

Thursday, January 6, 2011

If I Were The Green Hornet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini merupakan entri pertama aku untuk tahun ini. Mesti korang semua sambut dengan meriahnyakan. Tapi aku masa tahun baru hari tu, pukul 11 dah tidur dah.

Ok, abaikan itu, kali ini aku nak masuk contest yang Nuffnang jalankan setiap masa iaitu, Nuffnang Preview Screening dan kali ini adalah movie bertajuk The Green Hornet. Apa yang bestnya kali ini, kalau aku menang contest ni, aku dapat tengok movie nie 3 hari awal dari orang lain. Gempak tu. Smile Tapi sebelum nak menang tu, aku kena buat la entri tentang nie kan. Smile

Green Hornet

Kalau aku adalah Green Hornet, aku akan contact semua hero-hero yang Clark-Kent-Green-Arrowada seperti, Clark Kent dan juga Green Arrow untuk join dengan aku, supaya aku boleh protect lebih banyak tempat dan bukan hanya di bandar aku saja. Bukan mereka berdua sahaja, aku akan kumpulan ramai lagi seperti Batman, Ben10 dan ramai lagi la supaya boleh kerja ikut shift, tak la aku je yang jaga ketenteraman kawasan aku nanti. Selain itu, untujusticeleaguek dapatkan gadget-gadget yang menarik, aku akan dapatkan kerjasama dari Syarikat Bruce Wayne (Batman) sebab dia ada gadget-gadget yang menarik. Senang cerita, aku akan join dengan Justice League.

So, kesimpulannya aku akan dapatkan seberapa ramai kawan-kawan satu kepala dengan aku, supaya senang aku nak mintak tolong kalau aku ada masalah apa-apa.

So kalau ada orang lain yang berminat nak join contest nie, Pergi la ke

Nuffang Preview Screening – The Green Hornet. Tapi pastikan anda Glitterati yea.. Smile