Sunday, October 3, 2010

Kemana Arah Tuju

Sekian lama sudah blog ini tidak ber"update".
Adakah kerana tiada idea? Tiada Cerita? Hilang minat untuk berbloging?
Entahla, saya sendiri tidak pasti. Mungkin sibuk dengan peperiksaan pertengahan semester.
Tapi tak la sibuk sangat, sebab "I do my study the night before the exam".

Kadang2 terfikir sendirian, untuk apa sebenarnya diri ini menulis dan mencatat kata-kata di ruangan yang terbina dalam dunia siber ini. Kemana arah tuju sebenarnya diri ini dalam dunia blog ini. Bukan populariti yang di cari, bukan juga perhatian. Sekadar ingin mengenali dunia siber yang penuh dengan informasi ini. Sekadar ingin berkongsi pendapat dan maklumat. Sekadar ingin mencari-cari teman. Jika dulu orang cakap sahabat pena. Tapi mungkin zaman sekarang ini, sahabat blogger adalah sahabat pena kan. =)

Tapi blog ini selama ini lebih kepada kehidupan personal, insyaAllah selepas ini, entrinya lebih memanfaatkan buat diri ini dan rakan. Sebelum ana menamatkan tinta buat kali ini, ingin sekali ana kongsikan video clip dari sahabat blog.