Sebenarnya post ini khas untuk rakan-rakan, saudara mara, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak(kalau ada lah) sekalian yang merokok. Usahlah teruskan perbuatan yang sia-sia dan tak berfaedah. Semalam sebenarnya ada kawan cakap yang harga rokok naik lagi. Jom tengok video klip ni.
Pada aku la, bagus la kan, so perokok-perokok yang ada dekat Malaysia ini, kurang la sikit hisap rokok, sebab rokok mahal. Banyak sebenarnya keburukan merokok ni. Kebaikan merokok pulak pada pandangan aku takde kot. Kalau setakat nak tunjuk macho, ganaz, gangster, n sewaktu dengannya, takde la macho, ganaz dan gangster sangat pown.
Semakin lama, semakin terserlah keburukan facebook nie kan. Kerana ingin bertemu dengan kenalan facebook di dunia nyata, terjadinya pergaduhan. Entah kenapa hari ini teringin plak buka Harian Metro Online n terbaca artikle tentang pergaduhan yang melibatkan 50 orang. Ramai jugak sebenarnya 50 orang tu, tapi yang dipukulnya hanya beberapa orang sahaja, Baca cerita selanjutnya di bawah.
KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.
MANGSA...Mohd Nazren cedera dibelasah kumpulan samseng.
Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.
Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon... Bacaan lanjut klik [Disini]
p/s:: mencari kenalan itu tak salah, tapi biarlah kenal dulu hati budinya betul-betul. Niat perlu la betul dalam setiap perbuatan yang ingin di lakukan.
p/s/s:: rakan maya kadang-kadang boleh menjadi sahabat yang banyak membantu kita. Jadi, pilihlah rakan dengan berhati. =)
Sekian lama sudah blog ini tidak ber"update".
Adakah kerana tiada idea? Tiada Cerita? Hilang minat untuk berbloging?
Entahla, saya sendiri tidak pasti. Mungkin sibuk dengan peperiksaan pertengahan semester.
Tapi tak la sibuk sangat, sebab "I do my study the night before the exam".
Kadang2 terfikir sendirian, untuk apa sebenarnya diri ini menulis dan mencatat kata-kata di ruangan yang terbina dalam dunia siber ini. Kemana arah tuju sebenarnya diri ini dalam dunia blog ini. Bukan populariti yang di cari, bukan juga perhatian. Sekadar ingin mengenali dunia siber yang penuh dengan informasi ini. Sekadar ingin berkongsi pendapat dan maklumat. Sekadar ingin mencari-cari teman. Jika dulu orang cakap sahabat pena. Tapi mungkin zaman sekarang ini, sahabat blogger adalah sahabat pena kan. =)
Tapi blog ini selama ini lebih kepada kehidupan personal, insyaAllah selepas ini, entrinya lebih memanfaatkan buat diri ini dan rakan. Sebelum ana menamatkan tinta buat kali ini, ingin sekali ana kongsikan video clip dari sahabat blog.