Thursday, August 14, 2014

Assalamualaikum.

Assalamualaikum.
Lama gila rasanya tidak update blog. Lepas joharihamzah.com terkubur. Dah takde aktif dah berblog.
Rindu sebenarnya nak berblog.

Tuesday, June 17, 2014

Awal Ashaari Mengamuk di instagram!!!!

Sebuah portal hiburan mendedahkan pasangan pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengamuk sakan gara-gara "mulut longkang" seorang peminat mereka di Instagram.

Awal tiba-tiba naik berang kepada salah seorang pengikut Scha di Instagram yang memberikan komen seolah-olah mengutuk anak yang dikandung Scha.



Pengikut atau follower itu yang merupakan seorang wanita dengan beraninya melemparkan kutukan menerusi satu komen ringkas di laman Instagram Scha-Alyahya dengan mengatakan bahawa dia bosan dengan sikap mengada-ngada Scha selain mendoakan anak mereka jadi sundal.

Awal yang kelihatan seperti tidak menahan kemarahannya, membalas komen si wanita dengan kata-kata yang pedas serta menyebarkan gambarnya di Instagram untuk tatapan peminat.

Berikut ialah dua jawapan marah Awal buat si wanita tersebut:


"Doakan semoga si polan atau anaknya nanti jadi orang yang baik baik, amin."

"You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I'm sure this is what u want, B."


Di bawah beberapa perkongsian mengenai program tergempar yang dibuat oleh rakan artis ini ala-ala "Baby Shower Party"


Banyak juga foto-foto yang dikongsi oleh pasangan ini di laman sosial Instagram masing-masing yangdiperolehi menerusi Instgram mereka.