Tuesday, December 7, 2010

Seruan Pulau Nami | Astro Prima | Mawi | Elly Mazlein Pengsan Di Korea

seruan pulau namiSeruan Pulau Nami merupakan drama terbaru yang akan di tayangkan di Astro Prima bermula 9 Disember ini,setiap Isnin hingga Khamis pada jam 4 petang. Drama ini banyak berlokasikan Pulau Nami yang terletak di Korea Selatan. Lokasi ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran bagi drama bersiri Winter Sonata yang digilai ramai rakyat Malaysia suatu ketika dulu. So, kepada sesiapa yang meminati drama korea, pastikan korang semua tidak terlepas tengok drama ni. Agak-agak ada macam cerita korea tak nanti.
Sinopsis Seruan Pulau Nami
Drama ini mengisahkan kehidupan Amira bersama anaknya, Wafi yang kemudian mengambil keputusan menyambung pelajaran di Korea.
Dia yang cuba melarikan diri daripada bekas suami, Hisham jatuh cinta dengan Razlan yang sebenarnya menganggap dia adalah Syafika iaitu adik kembar Amira.
Pelbagai konflik berlaku antara mereka hingga Syafika berdepan maut akibat menghidap penyakit barah otak. Amira berusaha meyakinkan Syafika antara dia dengan Razlan tidak mempu�nyai hubungan istimewa tetapi lelaki itu bersama Hisham masih menagih cintanya.
Video klip Menanti Hikmah nyanyian Mawi yang digunakan sebagai lagu tema untuk Seruan Pulau Nami juga dirakamkan di Korea. Bagus juga Mawi ni, sambil menyelam tu minum air la katakan.
Elly Mazlein yang merupakan watak utama dalam drama ini pernah jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital. Cuaca sejuk di lokasi penggambaran merupakan cabaran buat semua krew drama Seruan Pulau Nami dibawah naungan MW Entertainment Sdn. Bhd. ketika penggambaran di jalankan.
Mawi ni boleh kira berbakar juga la kan, dia mengarah dan menghasilkan skrip menerusi drama Pak Nil Mak Kirim Salam. Aku tak tak tahu macam mane cerita dia, tapi tak kisahlah, sekurang-kurangnya mencuba. Tidak mendabik dada seperti sesetengah produser kan. Ala.. produser yang letak gambar dia dekat poster filem dia 2…
p/s: Kalau Lisa Surihani yang belakon, mesti lagi ngetop cerita nikan? huhu.. Tapi Elly Mazlein pun apa kurangnya kan. Smile