Sunday, October 24, 2010

Budaya Couple

Assalamualaikum…
Agak ramai sebenarnya yang masih menyokong kahwin awal yea. Tapi takpela, hari ini saya akan membicarakan tentang budaya ‘couple’. Semalam saya ada pergi ke satu majlis ilmu yang di anjurkan oleh KAFA UM. Tajuk persidangan semalam adalah, ‘Budaya Couple : Antara Fitrah & Fitnah’.

kafaum
Panel jemputan semalam adalah, Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Kedua-dua panel nie merupakan penulis buku yang terkenal di negara kita. Namun saya mengenali Ustazah Fatimah Syarha melalui penulis beliau yang bertajuk “ Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul”. Satu bahan bacaan yang amat sesuai untuk anak-anak muda zaman sekarang. Manakala Ustaz Pahrol pula mempunyai laman web beliau sendiri iaitu Genta Rasa. Kedua-dua panel semalam cukup bersemangat memberikan ceramah dan nasihat.

Antara ungkapan yang di perkatakan oleh Uztazah Fatimah adalah, “Cinta adalah anugerah”. Dan ungkapan dari Ustaz Pahrol pula adalah “Cinta itu Memberi” Selebihnya saya akan huraikan mengikut kefahaman saya.
Bercakap tentang fitrah. begitu banyak sekali fitrah yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. kepada kita seperti makan, tidow dan banyak lagi la, termasuk la cinta. Setiap fitrah yang ada sebenarnya disusuli dengan peraturan. Makan kalau tanpa aturan, sudah pasti membawa penyakit, bergitu juga dengan cinta, kalau tidak dipantau dengan peraturan musnah la nikmat cinta sebenarnya. Kerana Cinta yang Allah s.w.t. berikan kepada kita adalah sebenarnya dalam alah perkahwinan.

Cinta Terbahagi kepada Tiga, Cinta Atas, cinta kepada Allah dan rasul. Cinta Pertengahan, cinta akan ibu bapa, keluarga dan semua. Cinta rendah, adalah sesiapa yang meletak cinta pertengahan melebihi cinta kepada Allah dan Rasul. Sebab itu cinta yang tidak mengikut landasan dan peraturannya boleh menimbulkan fitnah. Uztazah Fatimah sering bertanya soalan, tapi dia tak memberi ruang untuk menjawab kerana dia berkata, "Jawab sendiri di hadapan Allah s.w.t.". Atas alasan apakah kamu berdua-duaan? Atas sebab apakah kamu bersentuh-sentuhan, atas sebab apakah kamu berbual-bual setiap malam? "Jawab sendiri dihadapan Allah s.w.t.".

Cinta itu memberi?? Ustaz Pahrol menyatakan, siapa yang lebih banyak memberi, dia lah yang lebih mencintai. Sesungguhnya cinta Allah s.w.t. kepada hambanya sangat tinggi darjatnya, lihatlah berapa banyak nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada hamba-hambanya. Sebab itu kita perlu mencintai orang yang mencintai kita. Dan sebelum mencintai manusia, cintailah Allah s.w.t. yang mencipta kita.

 Sebab itu, orang yang mencintai Allah s.w.t. dia la yang paling layak untuk mencintai manusia lain.
Salah satu lagi isu yang menarik perhatian saya ialah, isu ‘islamic couple’.Wujud ke? Ustazah Fatimah ada berkata "sedapkan namanya", tapi baik elokkah dia? Ustazah ada membawa contoh, "bunga, cantikkan namanya, tapi kalau bunga bank?" fikir-fikirkanlah. Jangan hanya melihat pada nama, tapi pada perinciannya.

Ustaz Pahrol ada mengeluarkan perkataan "tahajud cinta", ada ke? Fikir-fikirkanla. :)

Smile
p/s: sekadar perkongsian untuk renungan bersama. sesungguhnya diri ini sendiri masih terumbang-ambing, tapi berharap dengan perkongsian ini, dapat menguatkan diri n sahabat-sahabat sekalian.