Friday, October 15, 2010

The Malay Chronicles : Bloodlines


Hari ini aku nak kongsikan kehebatan anak melayu kita dalam pembikinan filem. Dari KRU studios.Kos penggambaran yang menelan belanja hampir RM8juta.Menggunakan CGI seperti dalam cerita Cicakman jugak, tapi yang ni aku rasa lebih stylo dan kemas. Filem terbitan KRU Studios yang akan ditayangkan di lebih 25 negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Russia dan negara Timur Tengah.



Jom baca sikit sinopsis cerita ni. dan tengok trailer dia:

Merong Mahawangsa adalah keturunan Alexander the Great, seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan putri China dari Dinasti Han.
Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, neutral ground (gua syak di tanah melayu). Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.
The pirate nation of Geruda (lanun geruda? ini lanun mana ni?) telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan (nyumnyum!). Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan




Macam maner? Menarikkan. Tak sabar nak tengok nie. Sama-sama la kita nantikan kemunculannya. Bila keluar tak tahu la, tapi dengar-dengar khabar tahun 2010 jugak. 
Apa-apapun, dah tengok baru tahu apa hasilnya kan.