Saturday, October 23, 2010

Kahwin Awal

Salam Hujung minggu semua. :)
Tajuk di atas tiada kaitan dengan aku yea, cuma hendak menyatakan pandangan aku terhadap anak-anak muda yang sebaya dengan aku atau lebih muda yang merasakan hendak berkahwin awal. :)

Definisi Perkahwinan.

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Pada pandangan aku la, tak salah sebenarnya kalau hendak berkahwin awal, cuma, sudah layakkah dan mampukan diri anda untuk menanggung anak orang. Mungkin ada yang merasakan mereka mampu kerana harga ayah dan ibu mereka cukup untuk 7 generasi. Tapi fikirkan la, sampai bila kita nak bergantung kepada mak ayah kita? Jom kita baca hukum berkahwin dalam islam.


  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Bagi aku la, tidak perlu tergesa-gesa hendak berkahwin kalau anda masih belajar, kalau si dia memang jodoh anda, insyaAllah hanya dia yang akan anda kahwini. Tapi kalau anda betul-betul hendak berkahwin, pastikan diri anda sudah mampu untuk membimbing pasangan anda ke arah yang lebih baik.


Bagi aku, terlalu banyak perkara yang perlu di lakukan untuk keluargaku sebelum mendirikan rumah tangga. Jasa-jasa ibuku belum terbalas, jasa-jasa keluarga semua. Sekurang-kurangnya, perlu la ada rumah dan kenderaan sendiri, baru la berkahwinkan. Tapi bagi orang yang berkampuan, teruskan niat anda, dan pastikan niat anda itu betul dan ikhlas, Kerana perkahwinan bukan main-main, kerana banyak perlu anda fikirkan sebelum berkahwin. :)

Jom baca kisah budak umur 5 dan 3 tahun bertunang.. 

p/s: sekadar menyatakan pendapat. :)
p/s/s:: aku xnak kahwin awal... =p