Thursday, December 2, 2010

Aku Blogger! So What???

Tajuk saja dah panas kan. Pandai betul Abg Ben bagi tajuk untuk segmen-segmen dia.

Jom kenali penulis Blog Johari Hamzah yang setahun jagung ni. Nama aku Muhammad Johari bin Hamzah. Berasal dari pantai timur, iaitu Terengganu Darul Iman. Semoga Iman itu sentiasa berada dalam diri ini. Tapi sekarang ini aku menetap di Petaling Jaya, tapi nak kata menetap tu tak la jugak sebab setiap kali cuti mesti aku balik kampung halaman punya. Pekerjaan aku sekarang adalah part time blogger, kerana aku masih lagi menimba ilmu pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaya sejak pertengahan tahun 2009. Esok ada ‘exam’ ni, tapi sempat lagi aku buat entri ni. hehe.

Kalau korang tanya aku tentang dunia blog ini, sebenarnya masih banyak lagi yang perlu aku pelajari tapi setiap orang ada pendapatnya walaupun orang itu tidak pernah bergelar sebagai seorang blogger, pasti dia ada pendapat juga tentang dunia blog ini. Tapi bagi aku, pendapat orang macam itu aku tak pedulikan sebab apa orang cakap, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Bagi aku, dunia blog sekarang merupakan salah satu medium yang cukup membangun di Malaysia. Pelbagai ilmu dan maklumat boleh kita dapat dari dunia blog ini. Kadang-kadang ada berita yang tak di siarkan lagi di mana-mana akhbar atau siaran televisyen, tapi orang di dunia blog ini sudah dapat mengetahuinya. Dunia blog ini sebenarnya begitu luas. Pelbagai cerita dan kisah serta luahan perasaan korang akan bertemu di dunia blog ini kerana dunia blog ini merupakan salah satu medium untuk berkongsi pendapat mahupun meluahkan apa-apa yang tidak terucap. Tapi korang jangan la anggap dunia blog ini tempat untuk meluahkan perasaan sahaja, masih banyak lagi peluang dan ruang yang ada di dunia blog ini seperti mendapatkan pendapat sampingan. Malahan ada juga yang menjadi blogger sebagai kerjaya tetap mereka. Kalau hendak di ceritakan lagi, mungkin abg ben pun malas nak baca nanti.. huhu..

Sepanjang aku bergelar seorang blogger, tiada perkara yang terlalu drastik berlaku cuma kadang-kadang aku perlu memastikan setiap perkataan dan ulasan yang aku buat tidak terlalu menyakitkan hati orang. Dan kalau nak kira perkara positif pula, aku mendapat beberapa orang rakan maya yang cukup supportive. Aku juga pernah memenangi tiket dari nuffnang untuk ke premiere screening.

Menulis untuk nama dan glamour? Mungkin ada yang sedemikian, (aku mungkin tergolong sama. ). Tapi bagi aku sebenarnya, kepuasannya bila berblogging adalaha apabila ramai orang yang sudi membaca coretan aku. Mungkin sebab itu nak glamour, sebab nak orang baca coretan kita. Sekurang-kurangnya kita tahu ada yang masih menyokong kita walaupun dalam dunia maya. Bak kata Cikgu Dahlia “Blogging is a way of experimenting” .

Bagi pengetahuan korang, aku memang bangga bergelar seorang blogger. Smile

Nak buat macam mana. Blog Aku Best! huhu.. =p