Friday, December 24, 2010

Kenapa Aku Tak Aktif Blogging Setiap Kali Cuti Semester

Tajuk panjang gila la kan. huhu…

Kalau koorang perasan la, aku bila cuti semester je mesti kurang berblogging, bukan kenapa. Bila cuti semester, mestila aku pulang ke kampung halaman tercinta aku, di Kuala Terengganu. Bila dah balik kampung ni, berbagai aktiviti la di buatnyakan.. Pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan, buat reunion la, pusing-pusing kampung la.

Tapi itu bukan sebab sebenarnya aku tak aktif blogging, sebenarnya aku malas nak on9 pakai “berukband”, kerana tahap kelajuannya mengalahkan siput bulan. Biar dulu-dulu on9 pakai “berukband” jew.. huuhu…

Nak buat macam manakan, bila dah biasa dengan kelajuan streamyx walaupun tak la berapa laju, jadi terasa berukband nie makin slow la plak. huhu.. Nasib baik la ada Windows Live Writer nie, senang sikit aku nak update blog.

Sampai sini saja kot omelan aku kali ni. see u later..

n Merry Christmas kepada semua yang meraikannya.

p/s:: malas nak letak gambar, lambat plak upload post ni nanti.