Saturday, December 4, 2010

Monsoon Cup 2010 - Terengganu

Monsoon-Cup-Logo-09
Monsoon Cup – Terengganu Malaysia. Sudah pasti ramai yang tahu akan kewujudan sukan ni kan. Sejak tahun 2005 kalau tak silap aku, sukan ini telah di adakan di Terengganu. Kalau nak lebih tepat lagi, di adakan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Dekat je dengan rumah aku. Tapi untuk pengetahuan korang, aku tak pernah lagi pergi tengok di orang ni semua bermain secara live.  Macam mane nak tengokkan, dia orang dah la buat program nie masa musim hujan di pantai timur. Dengan hujannye turun mencurah-curah, tidak terdaya rasanya aku nak pergi. Tapi itu aku sajew la, ramai lagi orang yang sanggup pergi tengok dengan meredah hujan ni semua. Bagi aku, aku lebih selesa tengok dekat Astro. Yeala, ASTRO ni kan macam-macam ada.
Alt_Ainslie v Mirsky1Tahun ni acara sukan ini bermula 30 November hingga 5 December 2010. Esok last dia orang lawan. Kalau rakyat Terengganu yang nak gi tengok tu pergi la, yang jauh-jauh dan malas nak redah hujan tu, boleh la stay umah tengok dekat Astro je. Bestnya kalau aku ada dekat rumah sekarang ni, boleh jugak tengok dekat ASTRO. Tapi sekarang aku masih la dekat umah sewa berhampiran dengan universiti aku. Masih ada dua lagi subjek yang harus aku perangi. huhu.. ayat nak gempak jew ek. Smile
rivercruiseAku sebenarnya baru tahu yang negara kita ada juga wakilnya dalam sukan ini. Mungkin masih lagi mentah, tapi boleh la diperbaiki lagi skill-skill meraka.
Bagi rakyat-rakyat Kuala Terengganu pula, korang mesti tahukan yang ada tempat yang menarik untuk melihat acara ni secara livekan. Aku nak cadangkan korang semua pergi ke Pulau Warisan yang terletak sebelah Kg. Cina. Dari situ korang mungkin boleh dapat pandangan yang lebih dekat kot. Tapi sila la bawak semua jenis khemah yang korang ada yea. Takut hujan je, kesian dekat korang plak. Pulau Warisan ni sebenarnya lebih menarik kalau datang pada waktu malam. So apa lagi, pergi la malam-malam yea, tapi takde dah kot orang main kapal layar masa tu.
Jadi korang main la apa-apa yang ada dekat situ. Masa cuti raya haji baru-baru ini aku tengok tempat tu masih kosong lagi. Sekarang ni aku tak tahu la.
pic kredit to google.

p/s:: Jom Tengok Kereta Proton Baru - 5 Pahlawan