Monday, August 16, 2010

Puasa Si Miskin

Assalamualaikum. Salam Ramadhan buat Semua Umat Islam seluruh dunia. Sempena bulan ramadhan ini, rasa terpanggil pula untuk kongsikan email yang di kongsikan oleh salah seorang sahabat hari tu..  Bawah ini adalah kandungan email tersebut.


Renungilah cerita dibawah dan insafilah kepada yang memerlukan.

Marilah kita sama-sama menghulur bantuan dan kasih sayang kepada mereka
yang memerlukan sebelum 'orang lain' datang menawarkan bantuan dan mengajak
mengikut mereka.

|--------------------------------------------------------------------------|
| |
| Sekadar renungan diRamadhan yang indah ini...........buat peringatan |
| |
| buat diriku yang sering terlepas pandang. |
|--------------------------------------------------------------------------|


Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan
buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak
kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya
kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru
kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik?"

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik
bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang
jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang
lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras
untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang
itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita
dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu
aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang
makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku
datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu
aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.


Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh
tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia
telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah
dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula
untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah
lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang
hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging
yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa Kalau
pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.