Monday, November 8, 2010

Artis Buat Hal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semakin hari semakin ramai yang terjebak dengan dadah, rokok, pergaulan bebas dan sebagainya. Kita sebagai manusia sepatutnya dapat membezakan mana yang elok dan mana yang tidak sebab kita mempunyai akal fikiran. Akal yang di mana perlu dipantau dengan iman.
Tapi, apa yang telah terjadi dengan artis-artis di negara kita? Adakah kerana mereka merasakan mereka mempunyai wang, mereka hendak bersenang lenang mengikut kata hati dan nafsu mereka.
fshasengal

Menyambut Halloween sebenarnya salah disisi Islam kerana mempunyai ritual-ritual dan jelas ianya sambutan orang Kristian. Malah apa yang lebih memalukan adalah artis itu sendiri menayangkan gambar-gambar ketika sedang menyambut Halloween. Apa yang hendak dia buktikan disini? Dengan pakaian yang mengalahkan separuh bogel dan adagen-adagen seperti berpelukan di atas.
Di dalam filem bukan main lemah lembut dan baik lagi, tapi dunia realiti? Hanya Tuhan yang tahu. Tapi kiranya hebat la diakan, pelakon yang hebat sama sekali dapat berlakon bertentangan dengan jiwa sebenar.
Bukan itu sahaja, seorang pelakon yang memenangi anugerah Festival Filem ke-23 baru-baru ini telah ditahan polis kerana dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis metafenamin. Pelakon tersebut juga ditahan bersama-sama dengan tunang dia yang dipercayai sedang menunggu belakalan dadah. Berita lanjut di sini. [HMetro]
Sayangkan, seorang pelakon yang berbakat tapi menyalahgunakan dadah. Bagaimana industri filem tanah air nak maju kalau artis-artis di negara ini berperangai seperti meraka.
Di mana perginya semua nilai Islam di negara Malaysia ini?