Saturday, November 27, 2010

Kalau Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan

"Kalau Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan"
Gambar Ihsan En Google.

Mesti ramai yang tahu maksud ayat ni kan, tapi berapa ramai yang melakukannya. Aku mungkin telah sesat untuk beberapa kali dalam dunia blog ini, tapi tidak pernah aku cuba kembali ke pangkal permulaan blog ini. Baru-baru ini aku baca kembali coretan di awal waktu aku berblogging.



Terasa kelakar bila membaca penulisan sendiri, namun aku tahu, itu semua penulisan aku dari hati. Penulisan seorang remaja yang pada ketika itu jujur padanya sendiri. Kerana menganggap blog ini seperti sebuah diari, aku menulis berdasarkan apa yang aku rasa. Namun semua itu perlu berubahkan, bukan untuk aku, tapi untuk orang sekeliling aku. Kerana aku takut ada yang mungkin terasa dengan coretan dan luahan aku.

Kerana dulu aku luahkan segala yang tidak terucap dengan kata-kata di blog ini, tapi sekarang tidak lagi. Jadi sekarang tiada tempat dan juga seseorang yang aku rasakan dapat menjadi tempat untuk aku luahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin juga aku rasa tidak wajar untuk aku luahkan pada sesiapa, kerana aku rasa aku sendiri tahu apa yang perlu aku buat. Tapi aku tetap tidak melakukan apa yang sepatutnya.

Tapi aku rasakan, setiap perkara, pangkalnya mesti baik. Jadi walau kemana kita pergi dan merantau, bila kita merasakan sesat dan lemah kita mesti merenung dan kembali ke pangkal jalan kita kerana di situ adanya semangat dan mungkin juga penyelesaian yang kita cari.