Saturday, November 6, 2010

JohariHamzah.Com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini merupakan hari pertama blog ini dengan domain barunya. http://joharihamzah.com telah menggantikan http://joe-the-ray.blogspot.com . Tapi koorang semua masih boleh guna link lama sebab dia direct terus ke link baru nanti. Smile
jhSempena dengan itu juga, aku telah buat header baru untuk blog ini. Apa pendapat koorang? Komen-komen, jangan tak komen. Smile Segala kritikan anda akan diterima dengan hati yang terbuka.

Sebenarnya aku dapat domain ini secara percuma setelah memenangi cabutan bertuah dari BLOG-PKE. Memang aku tak sangka sebenarnya semalam aku bertuah. Dan domain ini di hosting oleh iHosterz. Murah-murah sebenar pelan yang disediakan di iHosterz. Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak pakai domain sendiri, bolehlah cuba tengok dekat iHosterz. Smile
Selain itu juga, semalam aku telah buat aplikasi baru, di mana koorang boleh update status Facebook koorang melalui blog ini. Dah lama sebenarnya aku cari aplikasi tu. Semalam baru dapat buat. Smile  Jadi, gunakanlah untuk kebaikan bersama. Smile
Banyak pulak senyuman aku malam ini, semuanya 5 dalam entri ini sahaja.
p/s: Ann, rajin tak aku update? hehe.. Smile with tongue out