Wednesday, May 19, 2010

Gantung sekolah ??

Selamat pagi semua...
Dekat facebook tadi ada la terbaca berita harian punya story. pasal 6 budak perempuan di sebuah sekolah di gantung 2 kali kerana menyambut hari jadi di sekolah.

Takkan di sebabkan tu jew nak kena gantung?? bagi ray la, cam tak logik, laen la kalau hisap rokok ke, lompat pagar ke kan. Tpi kalau setakat sambut hari jadi rakan dlm kelas waktu petang, tak la teruk sangat, lagi pown menghargai kawan itu pentingkan.. Laen la dia orang ada buat benda2 tak senonohkan..


Bawah nie ada laporan akhbar. Baca la..

6 kena gantung sekolah kerana rai hari jadi

2010/05/19
JEMPOL: Enam pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Batu Kikir di sini, mendakwa digantung sekolah sebanyak dua kali hanya kerana mengadakan sambutan hari jadi di kelas kosong selepas waktu persekolahan pada 6 Mei lalu.
Ibu bapa pelajar terbabit mendakwa kumpulan itu hanya mengadakan sambutan hari jadi kecil-kecilan di sebuah kelas kosong kira-kira jam 4.30 petang tanpa membabitkan unsur negatif seperti parti liar atau perbuatan maksiat.
Mereka dikatakan digantung selama enam hari iaitu pada 12 hingga 14 Mei lalu dan penggantungan kedua pada 17 hingga 19 Mei lalu.
Ibu seorang pelajar, Murti Mohsin, 46, mendakwa dia tidak menduga hasrat anaknya untuk menyambut hari jadi bersama-sama rakan perempuan berakhir dengan tindakan sedemikian.
"Saya tidak faham mengapa pihak sekolah bertindak demikian sedangkan mereka bukan melakukan kesalahan... hanya menyambut hari jadi.
"Penggantungan ini akan memberi kesan berpanjangan kepada anak saya dan rakannya, lebih-lebih lagi mereka akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata, jika pun benar kumpulan itu melanggar peraturan sekolah, tindakan dikenakan pihak sekolah itu keterlaluan.

Difahamkan, pihak sekolah mengeluarkan surat penggantungan atas kesalahan mengadakan majlis tanpa kebenaran dan menceroboh kelas kosong untuk sambutan berkenaan.
Ibu seorang lagi pelajar, Sri Sheida Abdullah, 51, mendakwa dia ke sekolah pada 12 Mei lalu untuk mendapatkan penjelasan selepas anaknya diarah pulang kerana digantung sekolah pada tarikh itu sedangkan dia tidak menerima sebarang surat.
"Bagaimanapun pihak sekolah mendakwa sudah menghantar surat pada 10 Mei lalu. Saya hanya menerima surat penggantungan kedua berkuatkuasa pada 17 hingga 19 Mei," katanya.
Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Mohammad, ketika dihubungi, berkata beliau akan menyiasat perkara itu dengan segera.
"Saya mahu pihak sekolah memberi penjelasan dan saya minta penjaga (ibu bapa) supaya tidak bimbang. Selepas menerima laporan dan penjelasan penuh, kami akan memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan yang perlu," katanya. 

Hanya pendapat ray jew, apa salahnya kalau setakat memberi amaran agar tidak berulang kalau kesalahannya hanya berada di dalam kelas bukan pada waktu pembelajaran. laen la kalau ada aktiviti2 nakal n liar kan. tu ray sokong jew kena gantung. =)